Saturday, December 11, 2010

Hukum vs Raja Sehari

Dunia semakin lama semakin mendekati dengan penghujungnya , pelbagai tanda yang menunjukkan dunia hari ini semakin mendekati penghujungnya. Akhir zaman ini, pelbagai perkara telah berlaku di dunia ini, sama ada perkara baik ataupun perkara buruk.

"Islam ketika mulanya adalah dagang(asing) dan selepasnya Islam tersebar luas dan akhirnya Islam menjadi kembali dagang(asing) maka sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang dagang itu.

Di akhir zaman ini, orang yang menjalani hidup ataupun mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dipandang remeh dan kolot oleh sebahagian orang, sama ada cara berpakaian dan sebagainya. Contohnya jika seseorang masuk ke dalam shopping complex dengan berpakaian jubah dan berkupiah insya allah banyak mata akan tertumpu kepada anda seolah-olah anda berjalan dalam keadaan berbogel, lain pula jika ada manusia yang seolah-olah berpakaian bogel di dalam shopping complex maka ia tidak dianggap sebagai pelik dan luar biasa, kerana biasanya kedengaran "alah kau nih, tak urban langsung lah , kampunglah ko nih , kolot betul'

Bukan niat hendak berceloteh panjang, hanya sekadar nak berkongsi buah fikiran dan pendapat. Cuti sekolah sedang berlangsung sekarang ini, banyak majlis perkahwinan ataupun walimatul urus yang berlangsung.

Memenuhi jemputan walimah adalah satu kewajipan dan tuntutan, selagimana walimah tersebut tak bercampur dengan perkara-perkara laqa dan sia-sia dan juga maksiat. Tetapi tatkala walimah yang saya pernah kunjungi, mereka seolah-olahnya berpesta pada hari kenduri tersebut dengan karaoke yang membingitkan telinga dan muzik-muzik yang dipasangkan membuatkan halwa telinga tidak selesa untuk mendengarnya.

Begitu juga halnya dengan pasangan pengantin, pakaian para pengantin seolah-olah bintang hollywood yang sedang melangkah di atas red carpet untuk pergi ke majlis award. Ada yang mendedahkan aurat , memakai pakaian yang ketat, terbonjol di sana sini membuatkan mata anak muda liar memerhatikan, sedangkan kecantikan si isteri tersebut hanya untuk tatapan suaminya telah dipersembahkan kepada orang ramai, dahle suami terpaksa menghabiskan RM10k nak berkahwin, pastu milik suami didedahkan kepada orang ramai secara percuma plak.

Berlaku juga upacara agama hindu dalam perkahwinan seperti bersanding, nasib baiklah tak berlaku upacara mengelilingi api.

Perkara seperti ini juga berlaku kepada mereka yang belajar agama dan mengetahui hukum-hakam agama. Mengapa ini semua berlaku, bila ditanya kenapa pakai camnih, ketat je , pastu sanding plak, muka pengantin pompuan pun dah jadi macam opera cina. Bila ditanya kenapa, selalunya mereka menjawab, alah rilekslah kahwin seumur hidup sekali, takkanlah kahwin sekali seumur hidup nih takleh nak melaram skit kot, bila dilihat perkara macam ini berlaku, seolah-olahnya hukum dan syariat ditinggalkan demi untuk mencapai kepuasan nikmat raja sehari.

Pernah berlaku di suatu tempat , yang mana seorang ustaz dan tuan guru dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan, apabila mereka sampai di tempat kenduri tersebut mereka terlihat akan upacara persandingan yang berlangsung dan pesta muzik sedang diadakan, terus mereka beredar meninggalkan majlis perkahwinan tersebut kerana majlis tersebut dipenuhi dengan maksiat.

Kenapa kita nak ketepikan hukum hanya kerana Raja sehari. Ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara